Wednesday, September 17, 2014

Tugas dan Tanggungjawab JK 1M1S

Tugas dan Tanggungjawab
1.Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui isi kandungannya
2.Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan
3.Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan
4.Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai
5.Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini
6.Mengenalpasti murid yang tidak sihat yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan.
7.Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga aktiviti yang dijalankan melalui murid
8.Mengedarkan borang kebenaran penjaga (jika berkenaan) untuk dilengkapkan dan dikumpul semula sebelum aktiviti dijalankan
9.Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa.
10.Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.
11.Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid khususnya murid berkeperluan khas.
12.Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan dan maklum balas.
13.Memakai kasut dan pakaian yang sesuai semasa aktiviti sukan dijalankan.
14.Merancang peruntukan kewangan untuk memastikan aktiviti sukan dapat berlangsung dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment