Kami warga Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Gopeng dengan penuh tekad
dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus
dan mentadbir program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Untuk mencapai
tujuan itu, kami berikrar untuk :
- Menyediakan
program Pendidikan Khas yang berkemahiran, berhaluan, berdikari, berupaya
merancang dan dapat menguruskan kehidupan yang
bermakna ;
- Menyediakan
Kurikulum dan Kokurikulum yang relevan dan sesuai mengikut keupayaan dan keperluan murid Pendidikan Khas;
- Memberi maklumat
terkini, khidmat nasihat dan kepakaran kepada komuniti berkaitan Pendidikan Khas secara berterusan;
- Menghasilkan perancangan yang menyeluruh program Pendidikan Khas
mengikut keperluan semasa;
- Memastikan dasar
/ pekeliling dan garis panduan berkaitan Pendidikan Khas diikuti dengan sebaiknya.
- Menyebarkan
maklumat dan data Pendidikan Khas yang terkini, jelas dan tepat kepada pihak pentadbiran dan ;
- Memastikan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang dibekalkan digunakan
semaksimum mungkin sesuai dengan keperluan
Program Pendidikan Khas
No comments:
Post a Comment