Saturday, July 26, 2014

Persaraan Staf SK Gopeng

PERSARAAN
PN. HJH. KHAIRIL UMMI BT. ABDULLAH
TARIKH BERSARA :
28 Julai 2014

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan...
Bak air yang mengalir,

Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Kak Ummi yang satu,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu...
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra,
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya...
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Setiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan,begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan. Warga SK Gopeng, Taman Gopeng Baru mendoakan Pn. Hjh. Khairil Ummi Bt. Abdullah akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami di sini selalu. Kami mohon ribuan kemaafan di atas segala kekurangan dan kesilapan andainya kami terlanjur bicara, terlanjur terkata. ~ SELAMAT BERSARA ~

Sumber - Blog SK Gopeng TGB

Thursday, July 24, 2014

Pencapaian Kokurikulum Tahun 2014


  1. Terapi Boling (14 pelajar) - 7 Mei 2014
  2. Lawatan ke Kuala Lumpur (12 orang) - 22 Mei 2014
  3. Sukan Tahunan (Kawad Kaki, 50m, 100m) - 21 Jun 2014
  4. Boling Daerah (2 orang) - 14 Mei 2014
  5. MTAQ Daerah  (Azan/Tilawah - Johan) - 8 Mei 2014
  6. MTAQ Negeri (Azan/Tilawah) - 17 Mei 2014
  7. Olahraga Daerah (100m/200m/SD - Johan/Johan/ke-2) - 18 Mac 2014
  8. Olahraga Negeri (200m) - 21,22,23 Apr 2014

Wednesday, July 23, 2014

Program Tahun 2014


  1. Mesyuarat Komuniti
  2. Terapi Berkuda
  3. Terapi Boling
  4. Minggu Pendidikan Khas
  5. Program Mesra Kasih
  6. Motivasi Keibubapaan
  7. Minggu Bahasa
  8. Minggu Sains dan Matematik
  9. Program Nilam
  10. Program Lawatan Sambil Belajar
  11. Majlis Hari Jadi
  12. Majlis Sambutan Hari Raya
  13. Program-program Daerah
  14. Hari Kokurikulum
  15. Merentas Desa
  16. Gotong Royang bersama Ibubapa 
  17. MAKA

Saturday, July 19, 2014

Pengurusan Baru 2014


Berkuatkuasa 23 Jun 2014

Penasihat   : Pn. Wan Patimah binti Wan Zakaria (Guru Besar)

Pengerusi   : Encik Ahmad Rodi bin Mohamed Zainuddin (PK Pendidikan Khas)

Naib Pengerusi   : Encik Zinal Ariffin bin Md Raslan (PK Pentadbiran)

Setiausaha          : Cik Hermalina binti Adnan

Bendahari           : Pn. Haniza binti Yusof      
                           
AJK                             : Pn. Nor Fazila binti Yahyuddin (Guru Bimbingan)
: Puan Vanaja a/p V. Ramiah (Guru Kokurikulum)
: Cik Nor Azura bt. AB Rahman (Guru Data P.Khas)
: Pn. Norhanita binti Saadudin ( Guru HEM)
: Pn. Nur Ilyana binti Ahmad Sabri
: Pn. Khayrul Bariyyah binti Mohd Halim
: Pn. Nurul Ain binti Mohd Yusof
: Guru Pemulihan Khas

PPM Integrasi             : Cik Suzina@Khadijah binti Othman
: Pn. Asylatulhana@Aishah binti Md Ali
: Pn. Salbiah binti Idris Abas

.

Friday, July 18, 2014

Moto PPKI SK Gopeng

"Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama"

Piagam Pelangan PPKI SK Gopeng


Kami warga Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Gopeng dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Untuk mencapai tujuan itu, kami berikrar untuk :

- Menyediakan program Pendidikan Khas yang berkemahiran, berhaluan, berdikari, berupaya
 merancang dan dapat menguruskan kehidupan yang bermakna ;
- Menyediakan Kurikulum dan Kokurikulum yang relevan dan sesuai mengikut keupayaan dan  keperluan murid Pendidikan Khas;
- Memberi maklumat terkini, khidmat nasihat dan kepakaran kepada komuniti berkaitan Pendidikan  Khas secara berterusan;
- Menghasilkan perancangan yang menyeluruh program Pendidikan Khas mengikut keperluan semasa;
- Memastikan dasar / pekeliling dan garis panduan berkaitan Pendidikan Khas diikuti dengan sebaiknya.
- Menyebarkan maklumat dan data Pendidikan Khas yang terkini, jelas dan tepat kepada pihak  pentadbiran dan ;
- Memastikan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang dibekalkan digunakan

 semaksimum mungkin sesuai dengan keperluan Program Pendidikan Khas

Strategi Pendidikan Khas SK Gopeng


- Menyediakan kemudahan persekolahan bagi murid yang memerlukan pendidikan khas
- Mengubah suai kurikulum dan kokurikulum yang relevan dengan murid-murid berkeperluan khas
- Memasukkan elemen-elemen pendidikan khusus, sesuai dan diperlukan oleh murid berkeperluan khas dalam  kurikulum pendidikan
- Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu.
- Menyediakan alatan pengajaran dan yang sesuai dengan murid-murid berkeperluan khas
- Mengalakkan program inklusif bagi murid yang telah dikenalpasti mampu untuk proses pembelajaran dengan murid-murid biasa
- Memastikan guru-guru pendidikan khas terlatih yang sesuai dengan keperluan murid-murid khas
- Memberi latihan dan program kemajuan staf dalam bidang yang terkini kepada semua guru khas dan staf sokongan yang terlibat dengan pendidikan khas
- Memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih bidang kursus yang diminati sesuai dengan keperluan khas
- Berkerjasama dengan pihak sekolah didalam menjalin hubungan baik dengan agensi-agensi

 kerajaan dan  bukan kerajaan dalam pendidikan murid-murid berkeperluan khas.

Falsafah, Misi, Visi dan Matlamat PPKI SK Gopeng


Falsafah Pendidikan Khas SK Gopeng
Membina insan yang dapat  berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakat.

Misi
Membina insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakat.

Visi
Memimpin murid-murid Pendidikan Khas ke arah hidup yang cemerlang.

Matlamat Pendidikan Khas SK Gopeng
-        Menyediakan ruang tempat dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas.
-        Menyediakan ruang dan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
-        Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
-        Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.